Mummy's Centre

Where Great Mummies Want To Be

  • NEWS UPDATE

    Al-Fatihah buat Ust Asri, vokalis kumpulan nasyid Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya. Semoga Allah mengganjari segala perjuangan Allahyarham sepanjang hayatnya dan semoga mesej dakwah Allahyarham terus berangkai seperti mata-mata rantai yang tidak akan terputus. Yang "pergi takkan kembali", yang tinggal, "mungkinkah tadi Subuh yang terakhir???".
  • DO’A OF THE WEEK

    Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua, orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu; dan tunjukilah kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Surah al-Baqarah:127-128)
  • Meta

  • ORDER TRACKING

  • Delivered-Tracking No

    1st Batch of CDs & PLs all delivered and received CDs (2nd batch) Brader Li - 6CDs (assorted, by hand, mid August); ; Nadiah - 3 CDs (lime green, blue, pink, poslaju, delivered); CD (3rd batch) Pn Aida - 3CDs (blue, pink, yellow, poslaju EN195525233MY;received);Pn Rohani (lime green, pink, blue, poslaju EN195525264MY;received) CD (4th batch) Pn Zihan - CC2 (AIO:green,orange;KS:yellow, poslaju EN214305294MY), Baasit - 1KS (pink, poslaju EN214305317MY), Pn Ruslina - CC2 (KS Pink, AIO pink, blue, delivered by hand) PL (2nd batch) Filzah (1 set-delivered), K Ham (3 sets-by hand)
  • Blog Stats

    • 3,932 hits

BAHAN BERACUN DALAM LAMPIN PAKAI BUANG

Posted by Mummy's Centre on August 5, 2009

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin pakai buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

2 Responses to “BAHAN BERACUN DALAM LAMPIN PAKAI BUANG”

  1. online said

    belajar banyak

  2. It’s remarkable designed for me to have a web page, which is good for my know-how. thanks admin

Leave a comment